Pages

Wednesday, 24 August 2011

Bayi baru lahir ada gigi

SUMMER WHELAN tersenyum menampakkan dua batang gigi depannya.


NEWCASTLE, Britain - Tangisan seorang bayi beberapa minit selepas dia dilahirkan mengejutkan sepasang suami isteri apabila mereka melihat dia memiliki dua batang gigi kacip, lapor sebuah akhbar semalam.
Biasanya, gigi pertama hanya tumbuh apabila bayi mencapai usia di antara enam bulan hingga setahun.
Namun, Summer Whelan dilahirkan dengan dua gigi kacip yang lengkap pada geraham bawahnya.
Bayi perempuan milik Andy Whelan, 35 dan isterinya yang berusia 31 tahun, Karen itu dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di sebuah hospital di sini, tenggara England pada 20 Julai lalu.
"Sejurus selepas Summer dilahirkan, dia menangis dan saya menjerit 'dia memiliki dua gigi depan'," katanya.
"Dia berada dalam keadaan baik,'' tambah wanita tersebut.

Kolam renang paling padat..

DAYING, China – Lebih sejuta orang telah mengunjungi sebuah kolam renang gergasi yang dikenali dengan nama Laut Mati China dan terletak di sebuah taman tema air di sini, wilayah Sichuan.


Ramai pengunjung mandi di kolam tersebut walaupun ia dipenuhi dengan orang ramai pada cuti hujung minggu baru-baru ini.

Taman tema dalam bangunan itu merupakan taman tema air terbesar di China merangkumi kawasan seluas 30,000 meter persegi.

Laut buatan itu mengandungi 43 bahan mineral.

Ekoran kadar kemasinan kolam itu lebih 22 peratus, orang ramai akan mudah terapung sama seperti di Laut Mati di Asia Barat

Taming Sari kah ini???


KERIS dinamakan Santan Lanang Betino milik Omansyah ini bukan sahaja boleh berdiri sendiri tetapi ‘berkuasa’ meredakan kemarahan.


 

Keris ajaib peninggalan kerajaan Sriwijaya

TEBING TINGG, Sumatera Utara – Sebilah keris di wilayah ini dilaporkan bukan sahaja mampu berdiri sendiri, bahkan turut mempunyai kuasa ajaib.
Omansyah, 28, pemilik keris yang dikenali sebagai Santan Lanang Betino itu memberitahu, dia memperoleh keris itu daripada bapa saudara sulungnya lima tahun lalu.
Dia bagaimanapun tidak berapa jelas tentang asal usul keris yang mempunyai tujuh luk dan 30 sentimeter panjang itu, tetapi mengikut sejarah, keris itu adalah peninggalan kerajaan Sriwijaya yang dimiliki oleh golongan atasan.
“Saya sendiri tidak mengetahui asal-usul keris ini kerana bapa saudara saya enggan menceritakannya,” katanya kepada Tribunnews.com.
Omansyah berkata, keris itu mempunyai kuasa ajaib iaitu boleh menenangkan perasaan orang yang sedang marah.
“Apabila ada pergaduhan, saya sering gunakan keris ini bagi mendamaikan keadaan kerana ia mampu meredakan kemarahan kepada sesiapa yang melihatnya.
“Binatang buas juga akan lari jika melihat keris ini,” ujar Omansyah. – AGENSI

Dozens Of Lesbian Couple Married In Taiwan



Taiwan, Taipei, August 22, 2011 /WNCNews/ – Taiwan is now more open view same-sex relationships. A total of 80 lesbian couples in lesbian marriage implement the largest in Taiwan, on Sunday (21/08). Organizers hope the event is mass wedding activities will encourage the island country’s government to legalize same-sex marriage.


“I hope the government of Taiwan soon legalizes same-sex marriage,” said one participant, Celine Chen (32 years), a stylist. Celine and her partner are planning a honeymoon in New York after they were married.

Although same-sex marriage illegal by law in Taiwan, the show runs smoothly without any protests or police intervention. Most couples, dressed in white gowns and masks in the party theme “Wedding Barbie and Barbie” is.

The event was held in downtown Taipei attracted the attention of at least 1,000 visitors other than family and friends of the bride and groom. The couple kissed, hugged and photographed with after receiving a marriage certificate from the organizers of the event. The certificate contains a statement that the bride has now united in a “sacred marriage”.

The highlight is the moment of the pair to pair each ring and says “I accept” that followed the applause of the audience. However, most couples realize that marriage is actually not at all recognized. “Wedding party was fun but totally unreal,” said Coral Huang who has lived with her partner for eight years.

Taiwan is now increasingly open gay population in the country looked at the island. And, gay activists said last year’s Taiwan country to host Asia’s largest gay parade which followed about 30,000 participants. In a poll conducted in 2008 by the International Social Survey Programme, 17.5 percent of Taiwanese think being gay was not wrong.

However, 32.3 percent of residents still think being gay is wrong. This figure is lower than in the United States, but slightly higher than in Japan or the Philippines.

In 2003, the Taiwan government designs a controversial law that would legalize same-sex marriage and permit gay couples to adopt children. This is a draft law about the rights of homosexual groups in Asia. However, President Ma Ying-jeou said the public consensus is needed before the government could improve the bill as a law.


awan jatuh ????



Awan Jatuh Ke Bumi.......

Kabus Jatuh ke Bumi....

Buih Jatuh Ke bumi.....

Gula2 Kapas Jatuh ke bumi....

Ape pon bole... ape pon bole....

Tajuk aku kat atas tuh ~~~Awan Jatuh...??~~~ ada tanda soal tuh...

Aku tak suruh kamu percaya.... tarak paksaan....

Kamu nak percaya ianya ape pon boleh.... lantak lah....

'Subhanallah' tuh aku maksudkan "Maha Suci Allah.. yang membenarkan segala kejadian" walaupon ia awan, gula2 kapas, buih , kabus atau ape sekalipon ianya berlaku dengan izin Allah jua... percaya ianya adalah awan atau buih atau gula2 kapas tuh terpulanglah..

Nak cerita bab sains ke nak terjemah ikut mazhab politik ke nak speku ke, lantak ler... ini bideo aku taruk nak bagi orang tak pernah tgk aje... nak kata ape tuh lantak lah... aku tak suruh percaya ia awan ker buih ker kapas ker hape... yg penting, bende macam nih boleh berlaku dan bukan mustahil samada awan ker buih ker gula2 kapas ker... ape pon bole... ape pon bole....

kalo tanye aku.. aku jawab, ape pon boleh... ape pon bole...


***sumber dari forum...terpulang nk caya ke tak.....

Scary photos of early 19th century


In the era of origin pictures one of the most vulgar genres of this art form were considered spiritualist photographs.




























***apa pendapat anda???photoshop???




"Usia sebenar bulan 4.36 bilion tahun"

CALIFORNIA: Kajian baru terhadap batu bulan yang dikutip angkasawan Apollo 16 menunjukkan bulan mungkin lebih muda 60 juta tahun berbanding apa disangkakan sebelum ini. Kajian terbabit dilaporkan dalam jurnal Nature menunjukkan bahawa usia sebenar bulan mungkin 4.36 bilion tahun.

Lars Borg dari Makmal Nasional Lawrence Livermore di California dan rakannya berkata, bahawa wujud kesilapan dalam menentukan usia sebenar bulan berdasarkan kajian yang dibuat ke atas pembentukan kerak.

Borg berkata, usia bulan lebih muda meletakkan ia hampir kepada 4.4 bilion tahun berbanding mineral Bumi dikenali zircon ditemui di Jack Hills di Barat Australia. Ini bermakna kerak tertua bagi Bumi dan bulan terbentuk pada masa sama.

Hipotesis mengenai asal bulan itu, teori kesan gergasi, membabitkan pelanggaran antara proto-Bumi awal dan satu lagi proto-planet dipanggil Theia, yang mempunyai saiz sebesar planet Marikh.

Cairan dan serpihan daripada kesan berkenaan terlontar ke ruang angkasa, malangnya pembentukan jisim mengambil masa berjuta-juta tahun untuk mewujudkan bulan. (Bagaimanapun, ini hanya tanggapan saintis Barat kerana semua cakerawala ciptaan Allah).

Sebaik saja bulan sejuk, magma terbabit berpadu menjadi komponen mineral berbeza dengan batuan kerak bulan dipanggil ferroan anorthosites (FAN) yang menjadi semakin tua.

Borg dan rakannya menggunakan teknik penapisan semula untuk menganalisis isotop plumbum dan neodimium dalam sampel 1.88 gram FAN mereka dari batu bulan yang dikutip Pusat Angkasa Lepas Johnson NASA. Angka 4.36 bilion tahun diletakkan pada masa itu membabitkan sampel yang menjadi kristal.
Angka itu adalah 200 juta tahun selepas pembentukan sistem solar dan kemudian dianggarkan oleh model pembentukan bulan.

“Ia adalah kali pertama satu sampel tunggal FAN mengandungi usia daripada pelbagai isotop teknik menentukan usia,” kata Borg.

“Cubaan sebelum ini untuk memberikan usia batuan hanya pada satu isotop yang boleh tercemar menyebabkan kita tersilap menganggarkan usia bulan. Justeru kita mulakan dengan idea bahawa kita boleh mendapatkan sampel usia pelbagai dan kita yakin ia dapat memberi gambaran usia pengkristalan sampel.” – Agensi

***http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=593014

Nak Raya dah? - Lihat anak bulan Syawal 29 Ogos


Sekadar Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah.


***http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=593376

aku buntu - Keterlanjuran dan ktrpaksaan utk btanggungjawab..

salam forumers semua..

tlg aku yg dlm kebuntuan ni. aku tau aku akn dapat macian,kejian,hinaan. biasela adat org mtk pendapat kt sini.

alkisahnya- aku seorang perempuan yg sudah bcinta 6 thun. kami bcinta pd usia 19thun. kesimpulannya, kami mmbesar dan bercinta. sepanjang pcintaan 6 thun tu da byk sgt bnda yg tjadi.. cinta yg brsulam pergaduhan, kecurangan, kexsetiaan. tp yg ajaib kami masih mampu bertahan slma 6tahun. terlalu byk tolak ansur, pujuk rayu. kami pernah saling syg mnyayang. Mgkin jugak usia yg muda bila bcinta myebabkn byk bnda yg xmtg brlaku. aku cube seadil2nya bcerita. kerana aku sudah buntu.

pkwe aku- seorang yg pemalu, baik hati, sabar, kuat cemburu, setia, ramai kwn perempuan, kurang rpt dgn kwn2 laki. sifatnya yg lembut, pndai bckp hal2 wanita (tapi die bkn pondan), die x fit "macho man" mold. die pndai jga aku,sama2 tmpt blajar, die la yg byk tlg aku mcm2. tumpangkn aku, bwk pegi mkn..bla2

aku- seorang yg peramah, mudah didekati, kuat cemburu, mulut manis, xreti setia, ramai kwn laki. kwn2 perempuan pn ade, tp kbykknnya ade bf. sifat aku brtentangan dgn dia. kasar, mudah mrh, manje, kdg2 bole kate xmtg pn ye. aku seorg pmpuan yg bila bercouple jnis nk pkwe je tiap msa, melekat,dan mmg aku syg die. bercouple dgn die..byk mgubah aku. aku mgerti ape tu setia, smpaikn aku xwt facebook nk jg ht die. kurgkn bkwn dgn lelaki.

kami mmg plan nk kawen, hub ni serius. 3tahun terakhir hub ni, disulami dgn keterlanjuran. silap dua2. mmg ktorg sdar kslhn tu. staun die da bkerja, aku pula msih lg blajar. hubungan jrk jauh. lg sbulan aku nk hbis blajar, die putuskn aku. msa tu tuhan je tau, dgn stress exam. aku dtgglkn tnpa madu. die kata aku xpernah care kt die. aku akui aku xfhm hl kerja die, sdgkn aku struggle nk exam. die ckp aku curang, ade lelaki lain. mmg aku mulut manis, kwn laki byk. tapi sayang dimulut xpernah ckup bg dia.

lpas grad, aku ajak die jmpe, aku tnya nape jadi mcmni. mnangis2 aku. die cuma diam. xde pnyelesaian. dan die tetap dgn keputusan dia. putus. die kta die da penat mlayan kerenah aku, die da byk bsabar, jd aku terime dgn sjuta airmta. die kta die xmmpu nk bhagiakn aku, dan aku xmmbhagiakn dia. tp aku msih call, sms. merayu. 6tahun hub ni, dgn mahkota aku hilang skali..

3bulan aku mnangis, setiap hari, siang mlm. berat aku da 41kg dari 46kg. kepala aku btol2 trganggu. aku xbole bgun, aku rsa hdup aku gelap. mk dgn adik aku yg byk bg smgt. aku dktkn dri. pohon keampunan. solat istikharah, solat taubat.. ape2 je la yg boleh lupekan aku ttg dia. aku doakan dia, mtk ptunjuk. sbb syg tu msih ade dan kuat dlm diri. aku dtgglkn dgn ms dpn yg gelap.
cinta 6thun dah sebati sgt dlm diri ni.

dlm 3bulan aku mnangis tu, aku dpt tau hati die da terpaut pda seorang gadis kt tmpt keje. aku persoalkn mcm2. aku jd meroyan. sbb aku hilang semuanya. xde 1 hari yg aku lalui dlm 3 bulan tu tnpa airmta. sdgkn die bhagia dgn gadis tu. lumrah dunia, bila smua ni jadi, perempuan yg rugi bsar, tp lelaki xrugi ape2.. die msih bleh tsenyum mncari2 kbhgiaan die tnpa rsa ape2.

aku dan ex brbincang psl diri aku yg xde madu. aku ckp aku tlalu tkutkn msa dpn. mcmane dgn suami aku nnti,sggup x die terima, spjg hyt ke aku nk simpan. aku phm isu dara ni je da boleh bjela2 org komen. stelah 3 bln, die ckp nk btgjwb. tp hati aku da xde pda dia. hilang, kosong. die sndiri ckp die tpksa btgjwb. btgjwb sbb mk aku da tau hal ni. klau mk aku xtau, die xpndang aku balik kot.

aku buntu.

aku ke yg kacau kebahgiaan dia? gadis tu mgerti yg pkwe aku kene btgjwb. kire aku ni mmbuat pcintaan diorg thlg.

patot ke aku trima dia yg dlm tpksa? ats nma tggjwb? die da tawar hati, xde rsa. trust aku pada die pn hilg. aku jugak xde rsa lpas tau die syg gadis tu. aku xde ruang dlm hati dia lg. pkwe aku kta gadis tu msih kuat dlm ht die. susah nk hilangkn. die nk cube lupekan gadis tu, nk mulekan smuanya smula. tp aku dlm ketakutan, dlm dilemma. die kta kene amik msa. sebenarnya, setiap msa yg die amik pelan2 mmbunuh aku

aku plak tkutkn msa dpn..sape nk trima aku? mcmane nk btrus trg? mcmna nk simpan smua ni?

tlg aku..aku terima segala komen..aku bristikharah tnpa henti, tp aku tau sape la aku utk mghrp doaku sgera dimakbulkan sdgkn dosa tlalu byk.



**** sekiranya ANDA adalah PENULIS,apakah yang ANDA lakukan????
sumber dari FORUM....

Teladan dpd kisah Mustapha Kamal Ataturk‏



Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.


2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seoran! g askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa s! ejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal! dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayat! nya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

*** cerita tok aku copy paste dari FORUM sekira ada yg tersilap mohon maaf la ehk...
       selidik dolok sebelum percaya....tq

Friday, 19 August 2011

Tanda2 Pertengahan Kehadiran Kiamat Yg Zahir &Berterus

1.Pemerintah yang jahil

2.Sabar beramal dengan agama seperti menggenggem bara api

3.Muncul ahli ibadat yang jahil dan pembaca al-Quran yang fasiq

4.Berbangga dengan seni bina dan perhiasan masjid

5.Bercakap perkara yang tercela, putus silaturahim, mengkhianatkan orang
amanah dan mengamanahkan orang khianat

6.Banyak hujan tetapi kurang tanaman, ramai pembaca al-Quran, kurang
fuqaha, ramai pemerintah, kurang orang amanah

7.Zuhd hanya sebagai cerita seronok, wara dibuat-buat

8.Anak sebab marah ibu bapa (derhaka), hujan tiada hasil, orang jahat
semakin ramai

9.Orang dusta dibenarkan dan sebaliknya

10.Dibuat baik dengan orang jauh, diabai kerabat sendiri

11.Setiap qabilah diperintah oleh orang munafik, pasar diketuai oleh
orang jahat

12.Orang beriman lebih hina daripada anak kambing

13.Dihiasi masjid, kehancuran hati manusia

14.Homoseks dan lesbian (punca angin ahmar)

15.Tinggi mimbar

16.Dihancurkan bandar, dibina kawasan yang kosong

17.Musik dan arak

18.Banyak mata-mata gelap, batu api dan pencela-pencela

19.Perniagaan berkembang luas, saksi palsu dan ramai menulis tanpa ilmu

20.Menghalalkan arak dengan nama Nabiz, riba dengan nama jual beli,
rasuah dengan nama hadiah dan zakat diperniagakan

21.Harta negara hanya bagi kumpulan tertentu

22.Harta amanah menjadi rebutan, zakat dianggap beban hutang dan belajar
bukan kerana agama

23.Suami taat isteri, derhaka ibunya, rapat dengan kawan melebihi ibu
bapa, tinggi suara di dalam masjid dengan perkara dunia

24.Akhir umat melaknat awalnya

25.Pemakaian selindang/selimpang, pemerintahan budak-budak, ramai
perempuan, zalim pemerintah dan dikurangkan timbangan

26.Syaitan zahir lelaki menceritakan kisah

27.Syaitan yang diikat oleh Nabi Sulaiman di laut dilepaskan dan membaca
al-Quran

28.Bela anjing lebih baik dari bela anak. Tidak dihormati orang tua,
tidak dikasihi orang kanak-kanak. Ramai anak zina. Manis mulut tetapi
hati serigala

29.Zina peringkat atasan, Pemerintahan di tangan orang jahil, ilmu di
sisi orang tidak layak, bermudah-mudah di kalangan orang baik

30.Dimatikan orang baik. Meninggikan bangunan

31.Jawatan diberikan kepada bukan ahlinya

32.Berpusu-pusu ahli masjid tetapi tidak mendapati imam

33.Lalu seorang di tepi kubur meratapi dan berkata: Alangkah baiknya
jika daku berada di tempatnya. Kerana bala yang banyak menimpa agamanya

34.Dibunuh khalifah, dunia dikuasai oleh pemerintah jahat

35.Diambil ilmu agama daripada orang-orang bawahan. Kerana orang
berkemegahan sibuk dengan dunia

36.Adik beradik berbunuhan sesama sendiri tanpa mengetahui sebab

37.Hakmilik diberikan kepada yang tidak sah (anjing). Dihina orang
mulia, dimuliakan orang hina

38.Ramai pembaca khutbah, ulama mengampu pemerintah, menghalalkan haram
dan sebaliknya

39.Ilmu agama dipelajari untuk wang. Al-quran dijadikan perniagaan

40.Muncul puak yang ucapan mereka ialah laknat

41.Dikahwini keturunan yang rendah kerana harta. Ditinggalkan keturunan
yang tinggi kerana kefakiran

42.Peminta sedekah tidak diberikan sedekah

43.Islam menjadi asing, permusuhan di kalangan manusia, pendek umur
manusia, zaman pendek, kejahilan tersebar dan ilmu hilang

44.Kaum makan dengan lidah (puji manusia untuk habuan)

45.Perzinaan di tengah jalan, tanpa siapa ingkar, yang paling baik ialah
yang berkata: Kalaulah buat ke tepi sedikit. Dia pada hari itu seperti
Abu Bakar dan Umar

46.Cemburu atas lelaki seperti cemburu atas perempuan

47.Susah mendapat tiga perkara: duit yang halal, ilmu yang bermanfaat
dan sahabat kerana Allah

48.Fitnah mengatakan al-Quran ialah makhluk

49.Percaya kepada bintang (horoscope), dusta qadar

50.Berhimpun 20 orang manusia tetapi tiada yang dihormati kerana Allah

51.Melintas masjid tanpa solat 2 rakaat, masjid jadi laluan jalan sahaja

52.Bersetubuh dengan isteri di dubur

53.Pemerintah wanita

54.Memberi salam hanya kepada orang yang kenal, orang muda mengarah
orang lebih tua, berniaga tanpa keberkatan kerana banyak penipuan

55.Orang jahat dari Sham berpindah ke Iraq dan orang baik dari Iraq
berpindah ke Sham

56.Duduk dalam majlis, takut tinggalkannya kerana akan dikutuk

57.Agama selamat apabila lari tinggal di gunung. Jika bercampur manusia
maka binasa agamanya

58.Orang beriman (wali Allah) tersembunyi

59.Cerita dunia dalam masjid

60.Pemikiran hanya tertumpu pada makan, harta, wanita.

61.Orang kaya menjadi bakhil

62.Dibunuh ulama

63.Kematian lebih disukai di sisi ulama daripada emas

64.Lusuh al-Quran daripada hati manusia (tidak takutkan Allah)

65.Rumah hancur dengan gempa bumi, binatang mati kerana guruh petir

66.50 orang solat, tidak diterima seorang pun (tak sah kerana tidak
sempurna rukun dan syarat)

67.Harta pusaka tidak dibahagikan

68.Perang jihad terhenti

69.Mati terkejut banyak berlaku

70.Solat dimatikan, diikut syahawat, cenderung nafsu, diagungkan orang
berharta. Rasulullah berkata: Ketika itu, hancur hati orang beriman
kerana tidak mampu mengubahnya.

PAHLAWAN NERAKA

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.


SYOK.ORG

Wednesday, 17 August 2011

Mana Mak?

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?", "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


sumber copy&paste dari :http://www.one-ummah.net/renungan/cerpen/742-mana-mak.html

Qarin : Makhluk halus pendamping manusia

Qarin ialah perkataan Arab yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu.
Semua manusia mempunyai qarin termasuklah Nabi atau orang yang alim. Allah SWT berfirman: “Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.” (QS Al-An’am: 112)
Rasulullah SAW pernah bersabda yang berbunyi: “Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat.” Sahabat bertanya: “Adakah engkau juga, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: “Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan.”
Tersebut dalam Al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya mencatat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan, dan ada yang membawa wahyu kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta-duta. Ada pula yang bertugas memelihara Al-Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga neraka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muii Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan. Tersebut juga dalam Al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah SAW ketika beliau mula-mula menerima wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat.
Tersebut juga dalam Al-Qu'ran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril AS, yang juga disebut Ruhul-Amin dan Ruhul-Qudus. Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka.
Dalam peperangan Badar, malaikat telah datang menolong orang-orang Islam, sampai 3,000 malaikat jumlahnya. Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik kepada manusia, yang melahirkan keteguhan semangat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukanlah badan kasar, melainkan roh manusia jua. Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau waswas, melainkan pengaruh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan.
Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi & An-Nasa'i: “Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gangguan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan sentuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka barang siapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, dan terima kasihlah ia kepadanya. Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hendaklah berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam. Kemudian ia membaca: “Syaitan menyuruh menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian.”
Telah berkata Sayyidatina Aishah r.a.: Bahawasanya Rasulullah SAW telah keluar dari sisinya pada satu malam, tiba-tiba berlakulah satu tiupan (syaitan) terhadapnya. Maka Rasulullah pun datang melihat perkara yang sedang saya lakukan. Baginda bertanya: “Apakah yang terjadi Aishah?” Maka saya menjawab: “Apa halnya saya, tidak diberi daya sebagaimana yang dikurniakan kepada engkau?” Jawab Rasulullah SAW: “Adakah syaitanmu telah datang?”. Maka saya menjawab: “Wahai Rasulullah. Adakah syaitan bersamaku?” Jawab baginda: “Ya.” Saya bertanya lagi: “Adakah terjadi pada tiap manusia?” Jawab baginda: “Ya.” Maka saya pun bertanya: “Adakah juga berlaku atasmu, wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Ya, tetapi Tuhanku memelihara akan daku hingga aku selamat daripada tipu dayanya. Sesungguhnya tidak ada seorang daripada manusia (yang dilahirkan) melainkan dikembari Allah seorang jin sebagai kawan.”
Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, manakala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penunggangnya. Demikianlah, perbandingan yang diberi oleh Rasulullah SAW. Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penunggang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat.
Iblis dan syaitan sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. Banyak di antara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah SWT. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.
Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak menganut agama Islam, iblis akan menggoda dan menipu manusia. Syaitan akan bertanya adakah mereka hendak meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi.
Ketika manusia hendak berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka sanggup meninggalkan tanahair yang telah mereka diami sejak dahulu kala. Adakah mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka berlindung. Padahal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan mereka. Begitu juga halnya ketika manusia hendak berjihad ke jalan Allah. Iblis dan syaitan menakut-nakutkan manusia supaya mereka sayangkan dunia yang begitu indah termasuk harta benda yang mereka miliki. Kemudian dibisikkan dalam hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikahwini oleh orang lain apabila mereka mati ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan dibahagi-bahagi untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka ria menikmati harta peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuangan seumpama ini adalah merugikan.
Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi diantara manusia dan qarinnya atau dengan syaitan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan dipacu menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan.
Inilah jawapan Allah SWT ketika iblis laknatullah bersumpah akan membinasakan manusia: “Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka, kecuali orang yang mengikuti kamu iaitu orang-orang yang sesat.” (QS Al-Hijr: 42)
Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah SAW ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa 'alaihissalam dan ibunya Maryam berdasarkan firman Allah SWT: “Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam.” (QS Ali Imran: 36)
Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menunggu itu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gangguan iblis dan syaitan.
Dari Abu Rafi r.a. (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah SAW) ia berkata: “Aku lihat Rasulullah SAW membaca azan solat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah r.a. melahirkannya.”
Sebuah hadis lain, dari Husain bin Ali r.a., ia berkata bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: “Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu diazankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan (jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya.”
Sehubungan dengan gangguan-gangguan ini, Rasulullah SAW ada bersabda yang berbunyi: “Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran ketika itu. Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya.” (HR Bukhari)
Jelasnya anak-anak kecil perlu berada dalam rumah pada waktu maghrib. Jangan biarkan mereka berada di luar rumah kerana pada masa itu segala jenis makhluk halus sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk mencari rezeki sambil mengenakan mangsanya.
Hakikatnya, malam bukan masa untuk manusia keluar dari rumah seperti yang seharusnya dilakukan pada waktu siang. Malam adalah untuk berehat, menenangkan fikiran dengan mengingati Allah, bukan untuk berkeliaran di luar rumah seperti firmanNya: “Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang mendengar.” (QS Yunus: 67)
Rasulullah SAW menyuruh supaya setiap orang mengurangkan keluar pada waktu malam kerana pada waktu malam segala kejahatan buruk boleh terjadi tanpa diduga. Keluar pada malam itu tidak digalakkan kecuali sebab-sebab tertentu. Apatah lagi jika keluar seorang diri. Dalam hal ini Rasulullah SAW pernah bersabda: “Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan, seseorang itu tidak akan berjalan bersendirian biarpun satu malam buat selama-lamanya.”
Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya sebagai teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup.
Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarnya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi.
Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu. Dibandingkan dengan jumlah makhluk-makhluk lain, jumlah manusia adalah yang terkecil. Nisbah bilangan manusia hanya 1 %, bilangan jin 9%, manakala malaikat ialah 90%. Rasulullah SAW ada bersabda yang berbunyi: “Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian. Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia.”
Wallahua’lam.

Keistimewaan Dan Kelebihan Kurma

Kurma mendapat tempat istimewa dalam Al-Qur’an dan sebenar-benar perkataan adalah Kalamullah (Al-Qur’an Al-Karim). Allah telah menetapkan bahawasanya pokok kurma ada di bumi, kemudian Allah mengutamakannya dengan menyebutkan ciri-ciri pokok dan buah ini:


“Di bumi itu ada buah-buahan dan pokok kurma yang memiliki kelopak mayang.” (Q.S. Ar-Rahman: 11)


Ibnu Katsir berkata, ”Allah menyebutkan buah kurma ini secara khusus kerana kemuliaan dan manfaat yang dikandungnya, baik ketika masih basah mahu pun ketika telah kering.”


“Dan di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman di atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (Q.S. Ar-Ra’du: 4)


Buah kurma mengandungi banyak manfaat, di antaranya kurma sangat dianjurkan bagi perempuan yang hamil dan yang akan segera melahirkan. Malah Allah memerintahkan Maryam binti ‘Imran untuk memakan buah kurma ini ketika ia sedang nifas.


Doktar Muhammad an-Nasimi dalam kitabnya, ath-Thibb an-Nabawy wal ‘Ilmil Hadis (Pengobatan Ala Nabi dan Ilmu Modern) mengatakan:


“Hikmah dari ayat ini secara perubatan adalah, perempuan hamil yang akan melahirkan itu sangat memerlukan makanan dan minuman yang kaya akan unsur gula, ini kerana banyaknya kontraksi otot-otot rahim ketika akan mengeluarkan bayi, tambahan lagi apabila perkara itu memerlukan waktu yang lama. Kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk mengawal gerakan rahim dan menambah masa sistolennya (kontraksi jantung ketika darah dipam ke pembuluh nadi). Dan kedua unsur itu banyak terkandung dalam ruthab (kurma basah). Kandungan gula dalam ruthab sangat mudah untuk dicerna dengan cepat oleh tubuh.”


Keajaiban buah kurma dari Anas r.a., beliau berkata, "Rasulullah SAW. berbuka puasa sebelum solat dengan memakan kurma segar, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, dan kalau tidak ada beliau meminum beberapa teguk air." (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).


Kurma mengandungi semua unsur makanan pokok yang diperlukan tubuh, iaitu gula, protein, lemak, mineral, dan vitamin. Nabi SAW dalam beberapa hadis, menganjurkan kita untuk menggunakan tujuh biji kurma. Dan ternyata, tujuh buah kurma ini bila ditimbang ada kira-kira 100 gram yang mengandungi:
- Gula = 75,00 gram
- Serat selulosa = 4,00 gram
- Air = 22,50 gram
- Protein = 2,50 gram
- Lemak = 2,50 gram,
- Vitamin A = 60 IU
- Vitamin B-1 = 0, 08 miligram,
- Vitamin B-2 = 0, 05 miligram,


Kurma juga terdapat asam mineral yang merupakan unsur terpenting sebagai makanan bagi tubuh, berupa:
- Potasium = 79 miligram
- Tembaga = 21 miligram
- Belerang = 65 miligram
- Besi = 5 miligram
- Magnesium = 65 miligram
- Mangan = 2 miligram
- Kalsium = 65 miligram
- Fosfor = 72 gram


Dalam kurma, ditemui beberapa bahan kimia yang mempengaruhi hormon oksitosik, iaitu hormon yang bercampur di dalam peranakan wanita, sehingga dapat membantu mempercepatkan kelahiran, serta dapat mengurangkan resiko pendarahan setelah melahirkan. Hormon lain dalam kurma adalah hormon untuk menahan aktiviti hormon kelenjar gondok (glandula thyreoidea). Bahan yang lain, iaitu hormon pemangkin kelenjar susu, sehingga dapat melancarkan ASI (Air Susu Ibu).


Serat selulosa berguna untuk mengiatkan kerja usus, sebagai ubat mujarab untuk penyembuhan yang disebabkan kurang makan. Serat ini tidak dapat dicerna oleh alat pencernaan kita, sehingga dapat menjaga tubuh supaya terhindar dari kekurangan makanan dalam perut.


Vitamin A diperlukan untuk pemeliharaan epitel selaput lendir, ketajaman penglihatan mata, dan pencegahan terjadinya infeksi. Oleh kerana ini lah orang-orang di gurun selalu menggunakan kurma untuk memperkuat pendengaran dan memfokuskan penglihatan.


Fosfor bersama kalsium diperlukan untuk membentuk tulang dan kesihatan gigi. Fosfor berguna untuk membina aktivii kelenjar dan mengembalikan fungsi kelenjar tubuh. Fosfor juga berperanan penting sebagai nutrisi otak, sehingga bila digunakan teratur, dalam jangka panjang berkesan mencerdaskan otak.


Besi sangat penting untuk aktiviti pembentukan hemoglobin dan zat darah merah dalam sumsum tulang. Oleh kerana itu, ia diperlukan untuk melindungi manusia dari kekurangan darah.


Zink, diperlukan untuk mengubati penyakit sensitif tubuh.


Kurma kering mengandungi aspirin (acetylsalicylic acid) semulajadi yang dapat mengurangi rasa sakit (analgesic).


Kalium (potassium) signifikan untuk mengatasi keletihan, menjadikan organ jantung bekerja lebih optimal, mengaktifkan kontraksi otot, dan berperanan dalam pengaturan tekanan darah.

BUAH KURMA PUNYA KASIAT

Fakta dan Keajaiban Buah Kurma

- Kurma tidak memindahkan bakteria dan mikroba, dan bahawa ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia

- Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, niscaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui penghujungnya kecuali oleh Allah

- Serbuk sari kurma dapat mengubati kemandulan wanita

- Makanan dan ubat paling penting bagi para astronot adalah kurma, dan bahawa kurma lebih sihat daripada telur masin

- Sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit

- Apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih

- Kurma barhi dianggap sebagai eliksir (zat cair) bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat mengaktifkan kelenjar dan menguatkan saraf

- Setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, sama dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu

- Makanan paling baik yang digunakan oleh pejuang dalam perang adalah kurma, kerana kurma mempunyai kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenalnya sehingga dia menjadi seorang berani yang tidak takut akan kematian

- Ada satu jenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya

- Ada 450 jenis kurma di seluruh dunia

- Kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana mengandungi zat besi dengan kadar yang tinggi

- Kurma dapat menguatkan rahim semasa bersalin kerana mengandungi hormone pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan

- Kurma dapat mencegah radang kerana mengandung antiseptic dan antirematik

- Kurma mengandungi kadar yang bagus dari serat (fiber) yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit

- Kurma dapat melindungi usus besar dari kanser

- Kurma mengurangkan nafsu makan

- Jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah

- Jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori

- Jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin adalah rabi’ah Madinah yang mengandungi kadar yang tinggi dari potasium dan besi

- Kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan

- Kurma dapat mengurangi ketegangan saraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampaui batas

- Kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa

- Kurma dapat mempersiapkan perut untuk menerima makanan dan mencegah sembelit

- Kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal

- Kurma dapat membersihkan hati dari racun dan meredakan pergolakan saraf

- Kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi para perempuan memgandung dan menormalkannya selepas bersalin

- Kurma dinamakan dengan manjam (lombong) kerana mengandungi banyak unsur mineral, seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin

- Kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging

- Kurma dapat memelihara kelembapan dan ketepatan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari

- Kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi

- Kurma memberikan tubuh dengan besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir

- Kurma dapat membantu menenangkan dan mendamaikan jiwa sehingga dicadangkan bagi orang yang berpenyakit saraf dan bersemangat tinggi

- Memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing

- Kurma dianggap sebagai makanan paling baik di Daerah Sahara kerana dapat disimpan dalam waktu yang lama tanpa ditimpa kerosakan

- Di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser, kerana mereka biasa menggunakan kurma sebagai makanan asasi


Pada pertengahan kedua abad ke-20, para pengkaji menyatakan adanya asid amino yang lain pada kurma. Terpenting dalam asid ini adalah glutathione sebagai antioksidan.

Ternyata, bagi 100 gram (7 kurma) dapat memberikan lebih dari 350 tenaga. Jadi, nilai gizi kurma hampir sempurna. Kurma adalah rezeki berangkai yang datang terus-menerus dan tidak terputus sebagai rezeki dari Allah SWT untuk umat manusia. Maa syaa Allah Laa Quwwata Illa Billaah

10 jenis syaitan yang dirantai ketika bulan Ramadhan

1. Iblis laknatullah itu sendiri.

2. Anaknya yang bernama Zalituun - Pakar dalam hal menggoda manusia ke arah sifat membazir dan bakhil.

3. Wathiin - Pakar dalam mendorong manusia berpra-sangka buruk dan putus asa terhadap Allah.

4. A’awan - Pakar yang ditugaskan khas dalam menggoda raja / pemimpin besar supaya bersikap sombong dan takbur serta zalim terhadap rakyatnya.

5. Haffaf - Pakar dalam menggoda manusia meminum arak / khamr dan benda memabukkan.

6. Murrah - Pakar dalam melalaikan manusia dari mengingati Allah dengan muzik, hiburan,gossip dan segala benda yang melalaikan.

7. Masuud - Pakar dalam membinasakan manusia melalui kata2 fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja dosa yg muncul dari lidah dan mulut.

8. Daasim - Pakar dalam merosakkan rumah tangga manusia dan menggoda ke arah zina dan maksiat.

9. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

10. Lakhuus - Pakar dalam menyesatkan akidah manusia dengan menyembah api, batu berhala, bintang dan lain2.

Mereka inilah adalah 10 jenis syaitan yang dirantai di bulan puasa dan dicampakkan ke dalam lubang yang paling dalam dan gelap di laut. Mereka ibarat kerabat diraja Iblis yang berdarah tulen dan mempunyai kedudukan hirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan Iblis.

Mereka diberi umur yang panjang sehingga akhirat dan di bawah mereka ada askar2 jin dan syaitan yang bertugas untuk menyesatkan manusia.

Bila mereka dirantai, anak buahnya masih lagi bebas di bulan puasa tetapi hilang arah tuju seketika kerana tiada sesiapa yang menjadi ketua. Ibarat askar yang tiada jeneral, mereka lebih lemah dan kurang upaya mengganggu manusia berbanding sebelum jeneral2 mereka diatas ada di atas bumi..

Wallahua'lam.

Syaitan di Bulan Ramadhan

Adapun yang disebut syaitan itu terbahagi kepada dua iaitu Syaitan Asli dan Syaitan Terbitan:

SYAITAN ASLI
1.Iaitu jin kafir dari keturunan Iblis, sementara Iblis itu sendiri juga adalah bangsa Jin.

2.Ia semulajadi cinta kepada kekafiran dan sejak lahir sampai matinya ia akan tetap kafir.

Mereka seperti Iblis iaitu Iblis itu dulunya adalah orang besar dalam kalangan Malaikat, maka ia tahu mana benar, mana sesat, mana baik dan mana buruk.

Tapi dengan ilmunya yang sangat tinggi itu dan keangkuhannya, ia tetap memilih kesesatan dari kebenaran dan kejahatan dari kebaikan.

Maka begitulah juga naluri Syaitan Asli.

Dan dikatakan seandainya Syaitan Asli itu menjadi Pendakwah (menyebarkan Islam), nescaya ramailah manusia dan jin yang beriman dari sebab pengenalan meraka yang sangat dalam kepada kebenaran.

Namun pada hakikatnya Syaitan Asli itu tak mengajarkan sesuatu kecuali: "Bagaimana sepatutnya engkau buat, supaya bila engkau mati nanti engkau akan pulang ke Neraka"


SYAITAN TERBITAN

Iaitu, adapun kerja Syaitan Asli itu adalah menngerjakan juga mendorong dan menghasut seseorang kepada fikiran, cita-cita perkataan dan perbuatan yang melanggar perintah suruhan dan larangan Allah (maksiat).

Maka apabila jin bukan syaitan Asli termasuk jin Kafir dan manusia melakukan kerja Syaitan Asli, maka ketika itu jadilah jin biasa dan manusia itu sebagai syaitan (ketika mengerjakannya).

Kalau ia berhenti atau tak buat maka ia bukan lagi dipanggil syaitan, iaitu Syaitan Terbitan itu adalah istilah semata-mata untuk jin biasa dan manusia yang buat kerja Syaitan Asli.

Manakala Syaitan Asli itu kalau mengerjakan kejahatan maka ia tetap syaitan dan kalau ia mengerjakan kebaikan pun, ia tetap syaitan.

Kerana kejahatan dan kebaikan Syaitan Asli itu sama saja tujuannya iaitu kejahatan (tipudaya semata-mata).

Jin bukan Syaitan Asli maka ia seperti manusia ada baik ada jahat dan ada berbagai anutan agama.

Ia boleh berubah bila-bila saja kalau ia mahu contohnya dari baik kepada jahat atau sebaliknya, dan menukar agama atau dari beragama kepada tak beragama atau sebaliknya.

Dengan kata lain ada yang keras kepala tapi tak mustahil berubah dan ada pula yang mudah insaf dari kejahatan dan kesesatan kepada kebaikan dan kebenaran.

ADAPUN yang biasa disebut hantu penunggu, jembalang, hantu raya, pontianak, toyol, pelesit, penanggal, saka dan sebagainya adalah dari kalangan jin bukan Syaitan Asli.

DI BULAN RAMADHAN

Maka pada Bulan Ramadan hanya Syaitan Asli yang ditangkap dan dikurung manakala jin bukan Syaitan Asli sebagaimana manusia tetap bebas.
Dan dari kalangan dua golongan inilah yang menjadi syaitan di bulan Ramadhan (Syaitan Terbitan).

Begitu juga yang mengganggu menakutkan yang mendampingi atau menyerang termasuk jin sihir, yang merasuk, yang menghuni jasad manusia itu adalah jin biasa dan bukan Syaitan Asli.

Maka dalam bulan Ramadan ia akan terus mengganggu dan menyakiti manusia.

Pada satu buku (saya lupa tajuknya) ada disebutkan seperkara tentang Syaitan Asli, iaitu walaupun Syaitan Asli itu juga bangsa jin tapi ia dapat menghasut golongan jin bukan Syaitan Asli itu sebagaimana ia menghasut manusia iaitu tanpa terlihat dan tanpa disedari.

Dengan kata lainnya, ia juga bermaksud bahawa kejadian jin dari kalangan Syaitan Asli itu lebih halus daripada kejadian jin bukan dari golongan Syaitan Asli.

Ada riwayat menyebutkan bahawa pada Hari akhirat kelak Iblis itu akan didudukkan pada suatu tempat di mana seluruh penghuni Neraka (dari kalangan Jin dan Manusia) akan dapat melihatnya dengan jelas.

Ketika terrdengar satu seruan maka melihat kepadanya seluruh penghuni Neraka dan dengan segera mereka mengenalnya.

Maka mereka pun melaknat si Iblis dan berkata: "Kerana engkau lah kami menjadi penghuni Neraka..."

Jawab Iblis: "Semasa di Dunia dahulu aku hanya sekadar menghasut kamu kepada kemungkaran sedangkan kamu boleh mengingkariku, tapi kamu sedirilah yang memilih untuk taat kepadaku. Maka hari ini janganlah kamu melaknatku, tapi laknatlah dirimu sendiri."



Wallohu a'lam

Tuesday, 16 August 2011

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut

Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Bumi pernah ada dua bulan


LAKARAN artis mengenai Bumi dan dua bulan. Planet itu ditakdirkan untuk berlanggar. Tiada jalan lain. Pelanggaran besar ini berhalaju rendah


Pakar astronomi berpendapat bahawa Bumi pernah dikelilingi dua bulan, suatu keadaan yang pastinya dikagumi penyair, mereka yang mabuk asmara mahupun penulis lagu.


Bagaimanapun, bulan yang lebih kecil melanggar bulan lagi satu yang disifatkan sebagai ‘percikan besar’ menghasilkan hanya satu bulan hingga hari ini.


Ahli astronomi mengetengahkan teori untuk menerangkan mengapa keadaan bahagian bulan yang jauh lebih berbukit berbanding yang berhadapan dengan Bumi.

Teori berkenaan didedahkan dalam jurnal Nature, lengkap dengan model komputer menunjukkan bagaimana ia berlaku. Pakar lain berkata, idea berkenaan munasabah tetapi belum cukup kuat.

Semua ini dikatakan berlaku 4.4 bilion tahun lalu sebelum ada kehidupan di Bumi untuk melihat dua bulan itu. Kedua-dua bulan itu juga masih muda selepas terbentuk kira-kira 100 juta tahun lebih awal apabila sebuah planet gergasi melanggar Bumi.

Kedua-dua bulan itu mengelilingi Bumi dan terbit di langit bersama, yang lebih kecil mengikuti bulan yang lebih besar.
Bulan yang lebih kecil agak ringan sedikit, manakala yang satu lagi tiga kali lebih lebar dan 25 kali lebih berat, manakala gravitinya juga lebih kuat berbanding yang kecil.

“Planet itu ditakdirkan untuk berlanggar. Tiada jalan lain. Pelanggaran besar ini berhalaju rendah,” kata penulis bersama kajian, Erik Asphaug, saintis planet di Universiti California, Santa Cruz.

Apa yang dikatakan Asphug sebagai pelanggaran perlahan sebenarnya berlaku pada kelajuan lebih 8,050 kilometer sejam.

Disebabkan bulan lebih kecil lebih 965 kilometer lebar, proses pelanggaran berterusan untuk beberapa lama.

Asphaug menyamakan bulan lebih kecil itu bertindak seperti sebutir peluru yang ditembak dengan berkata: “Orang akan bosan melihatnya kerana ia mengambil masa 10 minit bagi peluru itu untuk terbenam dalam bulan. Jika anda menyaksikan perkara ini, anda perlukan sebuah beg bertih jagung yang besar untuk menunggu ia terhenti.”

Batuan dan kerak dari bulan kecil melayang dan bertaburan di bulan yang besar tanpa membentuk satu kawah, kecuali ia berlaku pada kepantasan lebih tinggi.

Kira-kira sehari selepas itu, semuanya selesai dan permukaan dekat dan jauh bulan kelihatan berbeza, kata Asphaug.

Martin Jutzi dari Universiti Bern di Switzerland berkata, kajian itu untuk menerangkan keadaan permukaan berbukit di bulan.

Asphaug menjelaskan, keadaan di situ seperti sesuatu ditambah pada permukaan.

Edisi Zakat: Ke mana perginya wang zakat kita?

Malaysiakini
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 7, 11

Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.

Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

Saya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.

Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.

Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.

Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.

Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.

Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.

Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan.

Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?

Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!