Sunday, 24 June 2012

Dengar dulu.....!!!

This could happen at work, home or anywhere else where people jump into conclusions and not listen first!!!






Kesimpulannya, dengar dulu sampai ke noktah ayat terakhir! 


sumber dari : cari forum

BLUE MARLIN - Kapal angkut kapal












BLUE MARLIN mampu memunggah empat buah feri penumpang dan 18 buah kapal dari sebuah pelabuhan di China secara serentak


KAPAL Blue Marlin menjadi penyelamat kepada usaha membawa pulang kapal perang USS Cole yang ditembak di Yemen.

KETIKA kapal perang Amerika Syarikat (AS), USS Cole diserang oleh tentera al-Qaeeda pada tahun 2000, pasukan tentera laut AS berdepan satu dilema. Mereka harus mencari jalan bagaimana untuk membawa pulang sebuah kapal sepanjang 150 meter (m) yang berlubang sebesar 12m pada sisinya dari Yemen ke Mississippi, AS dalam keadaan selamat.

Jawapannya adalah dengan mengangkut kapal perang yang boleh menembak tepat 100 sasaran dalam satu masa itu dengan sebuah kapal gergasi yang badannya separuh tenggelam.

Kapal bersaiz mega itu yang dikenali sebagai Blue Marlin begitu berguna bukan sahaja untuk mengangkut kapal lain, bahkan pelantar minyak.

Begitu juga jika mahu mengangkut 22 buah tongkang yang setiap satu seberat 3 juta kilogram (kg) untuk mengelilingi dunia dalam masa serentak. 


Kapal tersebut merupakan antara kapal laut luar biasa yang pernah direka kerana ia boleh membawa muatan melebihi 75 juta kg dalam satu masa. 


Setiausaha Korporat Dockwise (syarikat yang memiliki Blue Marlin), Fons van Lith menjelaskan, kapal itu tidak akan pernah berehat daripada mengangkut struktur mega.

Bahkan pihaknya yang mengamalkan ciri-ciri keselamatan antarabangsa memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam usaha memunggah struktur-struktur itu ke seluruh dunia.

"Keselamatan membawa struktur lain adalah sebahagian daripada perniagaan kami. Jika sebuah syarikat petroleum boleh melabur AS$1.6 bilion (RM5 bilion) untuk sebuah peralatan yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, satu perkara penting yang harus diambil kira oleh mereka adalah bagaimana untuk membawa struktur tersebut ke satu bahagian lain di dunia," kata Lith.

Blue Marlin mempunyai bentuk yang istimewa. Kepalanya seakan-akan kapal biasa tetapi dek tengahnya direndahkan bagi memuatkan objek besar dan berat yang lain.

Ia berukuran 217m panjang dan 42m tinggi. Saiz deknya pula kira-kira seluas dua padang bola sepak. Biarpun mempunyai berat yang berganda, kapal yang dilengkapi enjin diesel dengan 17,000 kuasa kuda itu boleh bergerak sehingga 24 kilometer sejam (km/j).

Tenggelam

Bagaimanakah kapal sebegini boleh mengangkut tongkang atau objek lain yang begitu berat? Sebenarnya dek kapal tersebut boleh ditenggelamkan sehingga 13m ke dalam laut apabila tangkinya diisi dengan air.

Ketika keadaan separa tenggelam itulah usaha memuatkan tongkang atau pelantar minyak dilakukan. Apabila air dikeluarkan daripada badan kapal, ia akan timbul semula bersama-sama objek berat yang tidak mampu diangkat oleh kren biasa.

Ia seolah-olah sebuah kapal selam yang mengangkat struktur lain di atas badannya.

Antara binaan terberat yang pernah dibawa Blue Marlin ialah pelantar minyak Thunder Horese milik syarikat BP. Pelantar minyak itu dibawa sejauh 27,500km dari Korea ke Mexico tahun lepas.


Pelantar yang bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM3.2 bilion) itu dikatakan sebagai struktur laut terbesar di dunia yang memiliki berat kira-kira 60 juta kg.

Pada tahun hadapan kapal mega itu bakal membawa sebuah pesawat udara milik Tentera Laut Australia dari Sepanyol ke Negara Kanggaru itu. Pesawat tersebut dikatakan bersaiz lebih besar berbanding dek kapal berkenaan.

Kapal Blue Marlin dilancarkan pada tahun 1999, menjadikannya sebagai kapal terbesar pernah dihasilkan. Bagaimanapun kehebatannya sedang ditandingi apabila beberapa buah kapal mega lain dalam pembinaan.

Apabila siap pada hujung tahun ini, kapal pengangkut yang sedang dihasilkan di Korea, Dockwise Vanguard dijangka boleh membawa muatan seberat 110 juta kg.

Kapal yang bernilai AS$377 juta (RM1.2 bilion) itu telah ditempah untuk melakukan kerja pertamanya iaitu membawa sebuah pelantar minyak dari Korea ke Laut Utara pada tahun hadapan.




(copy & paste dari cari forum )




Foto-Foto Haiwan Yang Telah Pupus Yang Sempat Dirakam.

 
1.The Tarpan
Spesies    Tarpan yang terakhir mati di Ukraina tahun    1876. Tarpan merupakan jenis kuda prasejarah yang pernah mengembara  dari   Selatan Perancis dan Sepanyol ke arah timur menuju Rusia. Tarpan pupus pada akhir 1800-an.Ini disebabkan oleh kerosakan habitat hutan dan padang rumput.   Perburuan yang dilakukan oleh  para petani kerana takut tanaman mereka akan   dimakan Tarpan. 

 
2.The Quagga
Antara spesis kuda yang sudah pupus adalah Quagga. Merupakan subspesies  dari kuda belang. Quagga liar yang terakhir hidup, di tembak pada akhir  1870-an. Kepupusan  Quagga  disebabkan oleh perburuan liar  dan dijadikannya Quagga sebagai   pengganti daging kepada haiwan ternakan. Yang unik dan membezakan Quagga  dari spesies kuda lainnya   adalah corak kulitnya yang seperti kuda belang pada  bahagian depan.

 
3. The Javan Tiger
Harimau    jawa merupakan subspesis harimau yang hanya dapat dijumpai di  pulau   Jawa, Indonesia. Harimau Jawa terakhir mati sekitar tahun  1980-an. Pada   awal abad ke-19, Harimau Jawa dapat  dijumpai di seluruh pulau Jawa, tapi   kerana populasi manusia yang  meningkat pesat menyebabkan kerosakan   habitat di hutan. Penyebab lain kepupusan harimau jawa juga kerana   perburuan liar, sehingga tahun  1950-an hanya terdapat sekitar 25 ekor   harimau jawa.


4. The Caspian Tiger
Antara harimau    lain yang telah pupus adalah Harimau Kaspia. Penelitian terbaru menunjukkan    Harimau Kaspia mempunya sedikit persamaan dengan Harimau Siberia.  Pupusnya   Harimau Kaspia antara lain disebabkan kerana perburuan dan kemusnahan  habitatnya. Harimau  Kaspia  kali terakhir ditemukan pada tahun 1950-an.

 
5. The Syrian Wild Ass
Spesies    terakhir dari haiwan ini mati pada tahun 1928 di zoo    Schönbrunn, Wina. Sebelum abad 18,kebanyakan habitat Syrian Wild Ass meliputi    pergunungan, gurun, antara palestin dan iraq. Yang    menyebabkan kepupusan haiwan ini, kerana kemusnahan habitat akibat  perang   dunia I.


6. The Tasmanian Tiger
Spesies    terakhir Harimau tasmania mati tahun 1936 di zoo Hobart,    Tasmania. Harimau Tasmania  diburu hingga pupus oleh  para pemburu  liar dan petani, meskipun  faktor-faktor lain seperti  penyakit, dan  gangguan manusia terhadap  habitatnya mungkin juga  memainkan peranan utama kepupusan spesis ini.

 
7. The Bubal Hartebeest.
Bubal    Hartebeest merupakan sejenis spesies dari antelop yang pupus pada  tahun   1923. Perburuan haram abad ke-19 secara drastis mengurangkan jumlah   populasi Bubal Hartebeest. Yang membuat Bubal Hartebeest kelihatan unik  adalah   bentuk tanduknya yang khas.



(SUMBER : CARI FORUM)

Kisah Tali Gantung Dan Banduan Terakhir


Kisah Tali Gantung Dan Banduan Terakhir | Kita selalu mendengar tentang hukumangantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leherkita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati.



Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.



Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.
Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan selatas kelulusan pegawai yang bertugas. Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam. Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza. Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat. Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’ Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah. ‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel. Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

(SUMBER : CARI FORUM)

Monday, 18 June 2012

Siapakah Rosli Dhoby?



Rosli Dhoby ialah seorang anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Beliau telah dipilih oleh Rukun 13, dimana Rukun 13 ini ditubuhkan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.


Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”

Pada 15 Disember1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semula pada 2Mac 1996 di Sibu. Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung :



Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud. Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950

Thursday, 26 January 2012

FIKIR-FIKIRKAN

"Mengetahui Mengapa Kita Gagal Adalah Lebih Penting Daripada Berjaya Tanpa Mengetahui Sebabnya"

(petikan dari buku BERANI GAGAL)

26 jan 2012

tiada catatan terbaru mahupun perkembangan terbaru untuk di kongsikan bersama

Wednesday, 30 November 2011

Biodata Rasulullah S.A.W

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan  dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.



http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=603625&extra=page%3D1

Matahari-knowNo




Monday, 17 October 2011

最近 Zui Jin - Li Sheng Jie 李圣杰




你最近不說話 怎么了 為什么
ni zui jin bu shuo hua zen me le wei shen me
You've been quiet recently, what's the matter, why?
是不是有什么事讓你不快樂
shi bu shi you shen me shi rang ni bu kuai le
Is it that something's making you unhappy?
听說你最近很孤單 有點亂 有點慌
ting shuo ni zui jin hen gu dan you dian luan you dian huang
I heard you've been lonely recently, a bit confused, a bit out of sorts
可是我卻不能夠在你的身旁
ke shi wo que bu neng gou zai ni de shen pang
Yet I can't be at your side

你想要的 我卻不能夠給你我全部
ni xiang yao de wo que bu neng gou gei ni wo quan bu
What you want - I know, but I just can't give you my all
我能給的 卻又不是你想要擁有的
wo neng gei de que you bu shi ni xiang yao yong you de
But what I can give you is not what you want

我們不适合 也不想認輸
wo men bu shi he ye bu xiang ren shu
We aren't suitable for each other, but I don't want to admit loss
好几次我們抱著彼此都是想要哭
hao ji vi wo men bao zhe bi ci dou shi xiang yao ku
Many of the times we embraced each other, I felt like crying

常解釋這樣的一切都只是開始
chang jie shi zhe yang de yi cie dou zhi shi kai shi
Many times it's explained that these situations are just new beginnings
我覺得是所有的一切早已就結束
wo jue de shi suo you de yi cie zao yi jiu jie shu
I feel that this is one of those times where it ended long ago

不想再約束不要再痛苦
bu xiang zai yue su bu yao zai tong ku
Don't want any more restrictions, don't want any more pain
下一次會有更好的情路
xia yi ci hui you geng hao de qing lu
Next time there'll be a better road of love

你最近不說話 怎么了 為什么
ni zui jin bu shuo hua zen me le wei shen me
You've been quiet recently, what's the matter, why?
是不是有什么事讓你不快樂
shi bu shi you shen me shi rang ni bu kuai le
Is it that something's making you unhappy?
听說你最近很孤單 有點亂 有點慌
ting shuo ni zui jin hen gu dan you dian luan you dian huang
I heard you've been lonely recently, a bit confused, a bit out of sorts
可是我卻不能夠在你的身旁
ke shi wo que bu neng gou zai ni de shen pang
Yet I can't be at your side

你想要的 我卻不能夠給你我全部
ni xiang yao de wo que bu neng gou gei ni wo quan bu
What you want - I know, but I can't give you my all
我能給的 卻又不是你想要擁有的
wo neng gei de que you bu shi ni xiang yao yong you de
But what I can give you is not what you want

我們不适合 也不想認輸
wo men bu shi he ye bu xiang ren shu
We aren't suitable for each other, but I don't want to admit loss
好几次我們抱著彼此都是想要哭
hao ji vi wo men bao zhe bi ci dou shi xiang yao ku
Many of the times we embraced each other, I felt like crying

常解釋這樣的一切都只是開始
chang jie shi zhe yang de yi cie dou zhi shi kai shi
Many times it's explained that these situations are just new beginnings
我覺得是所有的一切早就已結束
wo jue de shi suo you de yi cie zao jiu yi jie shu
I feel that, like always, this is one of those times where it ended long ago

不想再約束不要再痛苦
bu xiang zai yue su bu yao zai tong ku
Don't want any more restrictions, don't want any more pain
下一次會有更好的情路
xia yi ci hui you geng hao de qing lu
Next time there'll be a better road of love

愛 我卻不能夠 給你我全部
ai wo que bu neng gou gei ni wo quan bu
Regarding love, I just can't give you my all
我能給的 卻又不是你想要擁有的
wo neng gei de que you bu shi nik xiang yao yong you de
But what I can give you is not what you want

你想要的 我卻不能夠給你我全部
ni xiang yao de wo que bu neng gou gei ni wo quan bu
What you want - I know, but I just can't give you my all
我能給的 卻又不是你想要擁有的
wo neng gei de que you bu shi ni xiang yao yong you de
What I can give you is not what you want

我們不适合 也不想認輸
wo men bu shi he ye bu xiang ren shu
We aren't suitable for each other, but I don't want to admit loss
好几次我們抱著彼此都是想要哭
hao ji vi wo men bao zhe bi ci dou shi xiang yao ku
Many of the times we embraced each other, I felt like crying

常解釋這樣的一切都只是開始
chang jie shi zhe yang de yi cie dou zhi shi kai shi
Many times it's explained that these situations are just new beginnings
我覺得是所有的一切早已就結束
wo jue de shi suo you de yi cie zao yi jiu jie shu
I feel that, like always, this is one of those times where it ended long ago

不想再約束不要再痛苦
bu xiang zai yue su bu yao zai tong ku
Don't want any more restrictions, don't want any more pain
下一次會有更好的情路
xia yi ci hui you geng hao de qing lu
Next time there'll be a better road of love

這一次我們都能很幸福
zhe yi ci wo men dou neng hen xing fu
This time we'll all be able to be very happy

Sunday, 16 October 2011


pic fasa bulan

What you see when you look at the moon depends on its location in relationship to the sun and Earth. We see a different fraction of sunlight being reflected from the moon to Earth





pic 'Hilal'/Anak Bulan


kedudukan hilal dan matahari

Jomm teropong..

Pendahuluan

Umum melihat ilmu falak (terutama istilah falak syarie) yang menjurus kepada ilmu hisab, ilmu hitungan objek angkasa untuk penentuan arah kiblat, waktu solat, takwim dan waktu sahaja, dan melihat hukum (nas al quran dan al hadith) mengenai arah kiblat, solat dan takwim sebagai elemen yang lain, atau lebih mudah - hukum asal atau hukum utama (hadaf) seperti dalam al-quran/al-hadith, manakala ilmu falak adalah wasilah kepada hadaf tersebut.
Kajian ilmu falak mendapati penceritaan dalam al-quran adalah benar, membuktikan al-quran itu benar. Maka penceritaan dalam al-quran adalah 'hint' kepada perkembangan ilmu falak, yang dihayati sepenuhnya dalam sejarah astronomi Islam,WalLahu a'laam.
Pembahagian Ilmu Falak

Ilmu Falak terbahagi kepada 2 bahagian,

(1) Bahagian pencerapan (observasi atau 'rukyah'), dan
(2) Bahagian matematik (hitungan atau 'hisab')

Bagaimana Penetapan Awal Bulan Islam Ditentukan?

Di M'sia, penentuan awal bulan Islam (Qamariah) bagi tahun Hijriah berdasarkan kepada kaedah Rukyah dan Hisab. Kaedah ini digunakan terutamanya bagi menentukan 3 bulan utama Islam iaitu awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Bagi setiap bulan yang lain dari 3 bulan utama diatas, kaedah yang sama juga digunakan terutamanya bagi tujuan pembinaan Kalendar Islam.

Rukyah secara rasminya dimulakan kira-kira 10 minit sebelum matahari terbenam sebagai persediaan dan berterusan hingga waktu bulan terbenam. Jika bulan terbenam lebih awal daripada waktu matahari terbenam, anggota rukyah tetap meneruskan rukyah sehingga beberapa ketika selepas matahari terbenam
bagi memastikan tiada apa-apa yang boleh disamakan sebagai anak bulan.Rukyah sebenarnya turut dilakukan pada bulan lain namun ia tidak diisytiharkan kepada umum sebaliknya hanya untuk analisis dan pengesahan peringkat pihak berkuasa saja.
Cara Penetapan Awal Ramadhan, Awal Syawal dan Awal Zulhijjah

Rukyah :

Rukyah ialah melihat anak bulan (hilal) pada 29hb di tempat-tempat rasmi seluruh Malaysia dengan mata kasar atau dengan bantuan peralatan-peralatan optik yang canggih seperti teleskop, teodolit, Total Station dan binocular dan dikendalikan oleh mereka-mereka yang pakar dan terlatih.


Pada petang 29hb Sya’aban, 29hb Ramadhan dan 29hb Zulkaedah pada setiap tahun, Jawatankuasa melihat anak bulan peringkat negeri akan melaksanakan rukyah di 28 buah tempat cerapan rasmi di seluruh Negara. Jawatankuasa ini terdiri daripada :


1. Mufti Negeri (sebagai pengerusi dan ketua rombongan)


2. Kadi Besar


3. Pengarah Jabatan Ukur Negeri (beragama Islam) atau wakilnya (beragama Islam)


4. Setiausaha Majlis Agama Islam


5. Seorang Ahli Falak


Sekiranya hilal iaitu anak bulan kelihatan, maka keesokan harinya ditentukan sebagai awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah, tetapi sekiranya anak bulan tidak kelihatan, hisab kedudukan bulan yang berpandukan kepada kriteria Imkanur-Rukyah iaitu keboleh-nampakan hilal akan diguna-pakai bagi penentuan awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Mereka yang terlibat dalam pengiraan kaedah ini juga adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam ilmu astronomi.


Tarikh melihat anak bulan dan penetapan tarikh puasa dan hari raya diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja
Malaysia
dan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja melalui media masa menjelang tibanya tarikh berkenaan.

Hisab :

Hisab ialah menentukan kedudukan anak bulan (hilal) pada petang 29hb Qamariah berpandukan stesyen rujukan rasmi di Kg Ateamu,
Sandakan, Sabah iaitu tempat paling timur di Malaysia dan stesyen rujukan rasmi di Tanjung Chincin, Langkawi, Kedah iaitu tempat paling barat di Malaysia.

Hilal di Tanjung Chincin, Langkawi, Kedah

Apakah Kriteria Imkanur-Rukyah?
  • Ketinggian hilal tidak kurang dari 2 derajat di atas ufuq ketika matahari terbenam.
  • Sudut elongasi matahari-bulan tidak kurang dari 3 derajat
  • Umur bulan ketika terbenam matahari tidak kurang 8 jam, dihitung mulai dari terjadinya ijtimak (konjungsi).

Seperti terlihat pada gambar di bawah ini:


Bermula tahun 1993, Negara-negara anggota MABIMS (Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura) bersepakat menerima-pakai kriteria Imkanur-Rukyah bagi menentukan awal Ramadhan dan awal Syawal, di mana sebelum matahari terbenam ijtimak (apabila bulan, bumi dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama) telah berlaku pada 29hb Qamariah dan melalui perkiraan anak bulan dianggap boleh kelihatan sekiranya tidak terlindung oleh keadaan cuaca apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:




1. Ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada 2o dan
jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3o atau


2. Ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku)



kriteria wujudul hilal, dimana keesokan harinya akan masuk bulan baru jika pada hari rukyah matahari terbenam lebih dulu daripada bulan, menurut hisab. Atau dengan kata lain, piringan atas bulan berada di atas ufuq ketika matahari terbenam. seperti telihat pada gambar di atas:

FAQ yang sering ditanyakan berkaitan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah
Soalan
: Kenapa pada hari pertama kita berpuasa atau berhari raya, anak bulan telah kelihatan besar
dan tinggi di langit?

Jawapan:
Seperti yang telah dijelaskan, penentuan awal puasa dan hari raya adalah berdasarkan kepada rukyah dan hisab yang menerima-pakai kriteria Imkanur-Rukyah iaitu tidak kurang dari 2o ketinggian di atas ufuk dan tidak kurang 3o j
arak lengkung bulan-matahari atau umurnya tidak kurang dari 8 jam. Sekiranya pada waktu hilal terbenam 29hb bulan Islam, umur anak bulan 7 jam selepas berlakunya ijtimak dan ketinggian 1o dari ufuk, maka pada awal puasa atau hari raya, umur anak bulan menjadi 31 jam kerana ditambah dengan 24 jam dan ketinggian anak bulan menjadi 13o kerana ditambah dengan 12o (untuk 1 hari ketinggian bulan 12o).

Soalan
: Waktu kita di Malaysia
adalah lebih cepat 5 jam dari Arab Saudi? Mengapa puasa dan hari raya, mereka selalunya mendahului kita?

Jawapan:
Kita berbalik kepada Kriteria Imkanur-Rukyah. Katalah ijtimak berlaku pada pukul 2 petang waktu Malaysia
. Apabila matahari terbenam (katalah jam 7.00 malam), umur anak bulan pada ketika itu baru mencecah 5 jam atau ketinggian dari ufuk 1o dan jarak lengkung 3o. Keesokan harinya kita tidak berpuasa atau berhari raya kerana tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan. Tetapi, apabila menjelang matahari terbenam di Arab Saudi, umur hilal tentu telah melebihi 8 jam dan pada keesokan harinya mereka mula berpuasa atau berhari raya.