Sunday, 24 June 2012

Foto-Foto Haiwan Yang Telah Pupus Yang Sempat Dirakam.

 
1.The Tarpan
Spesies    Tarpan yang terakhir mati di Ukraina tahun    1876. Tarpan merupakan jenis kuda prasejarah yang pernah mengembara  dari   Selatan Perancis dan Sepanyol ke arah timur menuju Rusia. Tarpan pupus pada akhir 1800-an.Ini disebabkan oleh kerosakan habitat hutan dan padang rumput.   Perburuan yang dilakukan oleh  para petani kerana takut tanaman mereka akan   dimakan Tarpan. 

 
2.The Quagga
Antara spesis kuda yang sudah pupus adalah Quagga. Merupakan subspesies  dari kuda belang. Quagga liar yang terakhir hidup, di tembak pada akhir  1870-an. Kepupusan  Quagga  disebabkan oleh perburuan liar  dan dijadikannya Quagga sebagai   pengganti daging kepada haiwan ternakan. Yang unik dan membezakan Quagga  dari spesies kuda lainnya   adalah corak kulitnya yang seperti kuda belang pada  bahagian depan.

 
3. The Javan Tiger
Harimau    jawa merupakan subspesis harimau yang hanya dapat dijumpai di  pulau   Jawa, Indonesia. Harimau Jawa terakhir mati sekitar tahun  1980-an. Pada   awal abad ke-19, Harimau Jawa dapat  dijumpai di seluruh pulau Jawa, tapi   kerana populasi manusia yang  meningkat pesat menyebabkan kerosakan   habitat di hutan. Penyebab lain kepupusan harimau jawa juga kerana   perburuan liar, sehingga tahun  1950-an hanya terdapat sekitar 25 ekor   harimau jawa.


4. The Caspian Tiger
Antara harimau    lain yang telah pupus adalah Harimau Kaspia. Penelitian terbaru menunjukkan    Harimau Kaspia mempunya sedikit persamaan dengan Harimau Siberia.  Pupusnya   Harimau Kaspia antara lain disebabkan kerana perburuan dan kemusnahan  habitatnya. Harimau  Kaspia  kali terakhir ditemukan pada tahun 1950-an.

 
5. The Syrian Wild Ass
Spesies    terakhir dari haiwan ini mati pada tahun 1928 di zoo    Schönbrunn, Wina. Sebelum abad 18,kebanyakan habitat Syrian Wild Ass meliputi    pergunungan, gurun, antara palestin dan iraq. Yang    menyebabkan kepupusan haiwan ini, kerana kemusnahan habitat akibat  perang   dunia I.


6. The Tasmanian Tiger
Spesies    terakhir Harimau tasmania mati tahun 1936 di zoo Hobart,    Tasmania. Harimau Tasmania  diburu hingga pupus oleh  para pemburu  liar dan petani, meskipun  faktor-faktor lain seperti  penyakit, dan  gangguan manusia terhadap  habitatnya mungkin juga  memainkan peranan utama kepupusan spesis ini.

 
7. The Bubal Hartebeest.
Bubal    Hartebeest merupakan sejenis spesies dari antelop yang pupus pada  tahun   1923. Perburuan haram abad ke-19 secara drastis mengurangkan jumlah   populasi Bubal Hartebeest. Yang membuat Bubal Hartebeest kelihatan unik  adalah   bentuk tanduknya yang khas.



(SUMBER : CARI FORUM)

No comments:

Post a Comment