Wednesday, 17 August 2011

Keistimewaan Dan Kelebihan Kurma

Kurma mendapat tempat istimewa dalam Al-Qur’an dan sebenar-benar perkataan adalah Kalamullah (Al-Qur’an Al-Karim). Allah telah menetapkan bahawasanya pokok kurma ada di bumi, kemudian Allah mengutamakannya dengan menyebutkan ciri-ciri pokok dan buah ini:


“Di bumi itu ada buah-buahan dan pokok kurma yang memiliki kelopak mayang.” (Q.S. Ar-Rahman: 11)


Ibnu Katsir berkata, ”Allah menyebutkan buah kurma ini secara khusus kerana kemuliaan dan manfaat yang dikandungnya, baik ketika masih basah mahu pun ketika telah kering.”


“Dan di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman di atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (Q.S. Ar-Ra’du: 4)


Buah kurma mengandungi banyak manfaat, di antaranya kurma sangat dianjurkan bagi perempuan yang hamil dan yang akan segera melahirkan. Malah Allah memerintahkan Maryam binti ‘Imran untuk memakan buah kurma ini ketika ia sedang nifas.


Doktar Muhammad an-Nasimi dalam kitabnya, ath-Thibb an-Nabawy wal ‘Ilmil Hadis (Pengobatan Ala Nabi dan Ilmu Modern) mengatakan:


“Hikmah dari ayat ini secara perubatan adalah, perempuan hamil yang akan melahirkan itu sangat memerlukan makanan dan minuman yang kaya akan unsur gula, ini kerana banyaknya kontraksi otot-otot rahim ketika akan mengeluarkan bayi, tambahan lagi apabila perkara itu memerlukan waktu yang lama. Kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk mengawal gerakan rahim dan menambah masa sistolennya (kontraksi jantung ketika darah dipam ke pembuluh nadi). Dan kedua unsur itu banyak terkandung dalam ruthab (kurma basah). Kandungan gula dalam ruthab sangat mudah untuk dicerna dengan cepat oleh tubuh.”


Keajaiban buah kurma dari Anas r.a., beliau berkata, "Rasulullah SAW. berbuka puasa sebelum solat dengan memakan kurma segar, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, dan kalau tidak ada beliau meminum beberapa teguk air." (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).


Kurma mengandungi semua unsur makanan pokok yang diperlukan tubuh, iaitu gula, protein, lemak, mineral, dan vitamin. Nabi SAW dalam beberapa hadis, menganjurkan kita untuk menggunakan tujuh biji kurma. Dan ternyata, tujuh buah kurma ini bila ditimbang ada kira-kira 100 gram yang mengandungi:
- Gula = 75,00 gram
- Serat selulosa = 4,00 gram
- Air = 22,50 gram
- Protein = 2,50 gram
- Lemak = 2,50 gram,
- Vitamin A = 60 IU
- Vitamin B-1 = 0, 08 miligram,
- Vitamin B-2 = 0, 05 miligram,


Kurma juga terdapat asam mineral yang merupakan unsur terpenting sebagai makanan bagi tubuh, berupa:
- Potasium = 79 miligram
- Tembaga = 21 miligram
- Belerang = 65 miligram
- Besi = 5 miligram
- Magnesium = 65 miligram
- Mangan = 2 miligram
- Kalsium = 65 miligram
- Fosfor = 72 gram


Dalam kurma, ditemui beberapa bahan kimia yang mempengaruhi hormon oksitosik, iaitu hormon yang bercampur di dalam peranakan wanita, sehingga dapat membantu mempercepatkan kelahiran, serta dapat mengurangkan resiko pendarahan setelah melahirkan. Hormon lain dalam kurma adalah hormon untuk menahan aktiviti hormon kelenjar gondok (glandula thyreoidea). Bahan yang lain, iaitu hormon pemangkin kelenjar susu, sehingga dapat melancarkan ASI (Air Susu Ibu).


Serat selulosa berguna untuk mengiatkan kerja usus, sebagai ubat mujarab untuk penyembuhan yang disebabkan kurang makan. Serat ini tidak dapat dicerna oleh alat pencernaan kita, sehingga dapat menjaga tubuh supaya terhindar dari kekurangan makanan dalam perut.


Vitamin A diperlukan untuk pemeliharaan epitel selaput lendir, ketajaman penglihatan mata, dan pencegahan terjadinya infeksi. Oleh kerana ini lah orang-orang di gurun selalu menggunakan kurma untuk memperkuat pendengaran dan memfokuskan penglihatan.


Fosfor bersama kalsium diperlukan untuk membentuk tulang dan kesihatan gigi. Fosfor berguna untuk membina aktivii kelenjar dan mengembalikan fungsi kelenjar tubuh. Fosfor juga berperanan penting sebagai nutrisi otak, sehingga bila digunakan teratur, dalam jangka panjang berkesan mencerdaskan otak.


Besi sangat penting untuk aktiviti pembentukan hemoglobin dan zat darah merah dalam sumsum tulang. Oleh kerana itu, ia diperlukan untuk melindungi manusia dari kekurangan darah.


Zink, diperlukan untuk mengubati penyakit sensitif tubuh.


Kurma kering mengandungi aspirin (acetylsalicylic acid) semulajadi yang dapat mengurangi rasa sakit (analgesic).


Kalium (potassium) signifikan untuk mengatasi keletihan, menjadikan organ jantung bekerja lebih optimal, mengaktifkan kontraksi otot, dan berperanan dalam pengaturan tekanan darah.

No comments:

Post a Comment