
pic fasa bulan
What you see when you look at the moon depends on its location in relationship to the sun and Earth. We see a different fraction of sunlight being reflected from the moon to Earth


pic 'Hilal'/Anak Bulan

kedudukan hilal dan matahari

Jomm teropong..
Pendahuluan
Umum melihat ilmu falak (terutama istilah falak syarie) yang menjurus kepada ilmu hisab, ilmu hitungan objek angkasa untuk penentuan arah kiblat, waktu solat, takwim dan waktu sahaja, dan melihat hukum (nas al quran dan al hadith) mengenai arah kiblat, solat dan takwim sebagai elemen yang lain, atau lebih mudah - hukum asal atau hukum utama (hadaf) seperti dalam al-quran/al-hadith, manakala ilmu falak adalah wasilah kepada hadaf tersebut.
Kajian ilmu falak mendapati penceritaan dalam al-quran adalah benar, membuktikan al-quran itu benar. Maka penceritaan dalam al-quran adalah 'hint' kepada perkembangan ilmu falak, yang dihayati sepenuhnya dalam sejarah astronomi Islam,WalLahu a'laam.
Pembahagian Ilmu Falak
Ilmu Falak terbahagi kepada 2 bahagian,
(1) Bahagian pencerapan (observasi atau 'rukyah'), dan
(2) Bahagian matematik (hitungan atau 'hisab')
Bagaimana Penetapan Awal Bulan Islam
Ditentukan?
Di M'sia, penentuan awal bulan Islam (Qamariah) bagi
tahun Hijriah berdasarkan kepada kaedah Rukyah dan
Hisab. Kaedah ini digunakan terutamanya bagi menentukan
3 bulan utama Islam iaitu awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Bagi
setiap bulan yang lain dari 3 bulan utama diatas, kaedah yang sama juga
digunakan terutamanya bagi tujuan pembinaan Kalendar Islam.
Rukyah secara rasminya dimulakan kira-kira 10 minit sebelum matahari terbenam sebagai persediaan dan berterusan hingga waktu bulan terbenam. Jika bulan terbenam lebih awal daripada waktu matahari terbenam, anggota rukyah tetap meneruskan rukyah sehingga beberapa ketika selepas matahari terbenam![]()
bagi memastikan tiada apa-apa yang boleh disamakan sebagai anak bulan.Rukyah sebenarnya turut dilakukan pada bulan lain namun ia tidak diisytiharkan kepada umum sebaliknya hanya untuk analisis dan pengesahan peringkat pihak berkuasa saja.
Rukyah :
Rukyah ialah melihat anak bulan (hilal) pada 29hb di
tempat-tempat rasmi seluruh Malaysia dengan mata kasar atau dengan
bantuan peralatan-peralatan optik yang canggih seperti teleskop, teodolit,
Total Station dan binocular dan dikendalikan oleh mereka-mereka yang pakar
dan terlatih.
Pada petang 29hb Sya’aban, 29hb Ramadhan dan 29hb
Zulkaedah pada setiap tahun, Jawatankuasa melihat anak bulan peringkat negeri
akan melaksanakan rukyah di 28 buah tempat cerapan rasmi di seluruh
Negara. Jawatankuasa ini terdiri daripada :
1.
Mufti Negeri (sebagai
pengerusi dan ketua rombongan)
2.
Kadi Besar
3.
Pengarah Jabatan Ukur
Negeri (beragama Islam) atau wakilnya (beragama Islam)
4.
Setiausaha Majlis
Agama Islam
5.
Seorang Ahli
Falak
Sekiranya hilal iaitu anak bulan kelihatan, maka
keesokan harinya ditentukan sebagai awal Ramadhan, awal Syawal dan awal
Zulhijjah, tetapi sekiranya anak bulan tidak
kelihatan, hisab kedudukan bulan yang berpandukan kepada kriteria
Imkanur-Rukyah iaitu keboleh-nampakan hilal akan
diguna-pakai bagi penentuan awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah.
Mereka yang terlibat dalam pengiraan kaedah ini juga adalah terdiri daripada
mereka yang mempunyai kepakaran dalam ilmu astronomi.
Tarikh melihat anak bulan dan penetapan tarikh puasa
dan hari raya diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja
Malaysia dan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja melalui media masa menjelang tibanya tarikh berkenaan.
Malaysia dan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja melalui media masa menjelang tibanya tarikh berkenaan.
Hisab
:
Hisab ialah
menentukan kedudukan anak bulan (hilal) pada petang 29hb Qamariah berpandukan
stesyen rujukan rasmi di Kg Ateamu,
Sandakan, Sabah iaitu tempat paling timur di Malaysia dan stesyen rujukan rasmi di Tanjung Chincin, Langkawi, Kedah iaitu tempat paling barat di Malaysia.
Sandakan, Sabah iaitu tempat paling timur di Malaysia dan stesyen rujukan rasmi di Tanjung Chincin, Langkawi, Kedah iaitu tempat paling barat di Malaysia.

Apakah
Kriteria Imkanur-Rukyah?
- Ketinggian hilal tidak kurang dari 2 derajat di atas ufuq ketika matahari terbenam.
- Sudut elongasi matahari-bulan tidak kurang dari 3 derajat
- Umur bulan ketika terbenam matahari tidak kurang 8 jam, dihitung mulai dari terjadinya ijtimak (konjungsi).
Seperti
terlihat pada gambar di bawah ini:

Bermula tahun 1993, Negara-negara anggota MABIMS
(Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura)
bersepakat menerima-pakai kriteria Imkanur-Rukyah bagi menentukan awal Ramadhan
dan awal Syawal, di mana sebelum matahari terbenam ijtimak (apabila bulan,
bumi dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama) telah
berlaku pada 29hb Qamariah dan melalui perkiraan anak bulan dianggap
boleh kelihatan sekiranya tidak terlindung oleh keadaan cuaca apabila
kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

1. Ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada 2o dan
jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3o atau
2.
Ketika hilal
terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam
(selepas ijtimak berlaku)


kriteria wujudul hilal, dimana keesokan harinya akan masuk bulan baru jika pada hari rukyah matahari terbenam lebih dulu daripada bulan, menurut hisab. Atau dengan kata lain, piringan atas bulan berada di atas ufuq ketika matahari terbenam. seperti telihat pada gambar di atas:
FAQ
yang sering ditanyakan berkaitan awal Ramadhan, Syawal dan
Zulhijjah
Soalan
: Kenapa pada hari pertama kita berpuasa atau berhari raya, anak bulan telah kelihatan besar
dan tinggi di langit?
: Kenapa pada hari pertama kita berpuasa atau berhari raya, anak bulan telah kelihatan besar
dan tinggi di langit?
Jawapan:
Seperti yang telah dijelaskan, penentuan awal puasa dan hari raya adalah berdasarkan kepada rukyah dan hisab yang menerima-pakai kriteria Imkanur-Rukyah iaitu tidak kurang dari 2o ketinggian di atas ufuk dan tidak kurang 3o jarak lengkung bulan-matahari atau umurnya tidak kurang dari 8 jam. Sekiranya pada waktu hilal terbenam 29hb bulan Islam, umur anak bulan 7 jam selepas berlakunya ijtimak dan ketinggian 1o dari ufuk, maka pada awal puasa atau hari raya, umur anak bulan menjadi 31 jam kerana ditambah dengan 24 jam dan ketinggian anak bulan menjadi 13o kerana ditambah dengan 12o (untuk 1 hari ketinggian bulan 12o).
Seperti yang telah dijelaskan, penentuan awal puasa dan hari raya adalah berdasarkan kepada rukyah dan hisab yang menerima-pakai kriteria Imkanur-Rukyah iaitu tidak kurang dari 2o ketinggian di atas ufuk dan tidak kurang 3o jarak lengkung bulan-matahari atau umurnya tidak kurang dari 8 jam. Sekiranya pada waktu hilal terbenam 29hb bulan Islam, umur anak bulan 7 jam selepas berlakunya ijtimak dan ketinggian 1o dari ufuk, maka pada awal puasa atau hari raya, umur anak bulan menjadi 31 jam kerana ditambah dengan 24 jam dan ketinggian anak bulan menjadi 13o kerana ditambah dengan 12o (untuk 1 hari ketinggian bulan 12o).
Soalan
: Waktu kita di Malaysia adalah lebih cepat 5 jam dari Arab Saudi? Mengapa puasa dan hari raya, mereka selalunya mendahului kita?
: Waktu kita di Malaysia adalah lebih cepat 5 jam dari Arab Saudi? Mengapa puasa dan hari raya, mereka selalunya mendahului kita?
Jawapan:
Kita berbalik kepada Kriteria Imkanur-Rukyah. Katalah ijtimak berlaku pada pukul 2 petang waktu Malaysia. Apabila matahari terbenam (katalah jam 7.00 malam), umur anak bulan pada ketika itu baru mencecah 5 jam atau ketinggian dari ufuk 1o dan jarak lengkung 3o. Keesokan harinya kita tidak berpuasa atau berhari raya kerana tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan. Tetapi, apabila menjelang matahari terbenam di Arab Saudi, umur hilal tentu telah melebihi 8 jam dan pada keesokan harinya mereka mula berpuasa atau berhari raya.
No comments:
Post a Comment