Bismillahirahmanirahim
ini adalah kebenaran yang sangat penting tetapi sudah tidak dihiraukan lagi hari
ini. Inilah tanda2 akhir zaman dan perkara yang sangat menyedihkan Baginda
Rasulullah SAW suatu masa dulu dan akhirnya kita laluinya
sekarang.
Hak lelaki ke atas
perempuan
Surah An-Nisa : ayat 34
Ertinya : "Kaum
laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah
melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan
karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta
mereka."
Ini bermaksud dalam apa jua perkara, kaum lelaki mengatasi kaum
perempuan.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (ra) bhw bersabda
Rasulullah SAW mafhumnya:
" Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah
apabila dipandang oleh suaminya, menggembirakannya. Apabila disuruh oleh
suaminya ia menurut saja tanpa ingkar, jika suaminya tidak ada, ia akan
memelihara harta suaminya dan juga dirinya. Perempuan yang derhaka kpd suaminya
tidak boleh diberi nafkah dan bahagiannya."
Sabda Nabi SAW lagi,
mafhumnya:
" Apabila waktu malam, si isteri meninggalkan tempat
tidur suaminya, dilaknati oleh semua malaikat hingga waktu subuh."
Sabda
Nabi SAW lagi, mafhumnya:
" Di mana-mana sahaja, isteri tidur pada
waktu malam meninggalkan tempat tidur suaminya padahal suami merelakannya, akan
dimasukkan syurga."
Sabda Nabi SAW lagi, mafhumnya:
" Sesiapa
yang menganiaya suaminya dan memberatkan suaminya yang tidak mampu melakukannya
serta menyakiti hati suaminya, nescaya dilaknati oleh Malaikatul Rahmat dan
Malaikat Azab."
" Sesiapa di kalangan isteri yang sabar ketika suaminya
sakit, Allah Taala akan memberikannya pahala Asmah dan Maryam bt
Imran."
Berkata Ibnu Abbas (ra) bhw dia mendengar Rasulullah SAW bersabda
mafhumnya:
" Jika seseorang isteri mendirikan solat
sepanjang malam dan berpuasa sepanjang hari, apabila suaminya mengajak
isterinya ke tempat tidur, si isteri terlewat dalam satu saat, maka pada hari
kiamat nanti, perempuan (isteri) itu datang dengan dirantai beserta syaitan
dengan menuju ke dalam neraka yang terkebawah sekali."
Sabda Nabi saw
lagi, mafhumnya:
" Di mana-mana sahaja perempuan (isteri) itu derkaha
kepada suaminya, maka dilaknat Allah Taala, malaikat dan seluruh
manusia."
Berkata Ali bin Abi Talib (kwj) bhw dia mendengar Rasulullah
SAW bersabda mafhumnya :
" Jika perempuan (isteri) menjadikan salah
satu tangannya terbakar dan sebelah lagi di gunakan untuk memasak dan
dihantarkan kepada suaminya, padahal suaminya tidak redha terhadap
perempuan (isteri) itu, maka pada hari kiamat nanti, isterinya berada
bersama dengan Yahudi dan Nasrani."
Demikianlah tingginya status
suami terhadap isterinya, suami yang menggantikan ibu bapa perempuan (isteri)
itu sebagai penjaga dan akan bertanggungjawab ke atas perempuan itu di akhirat
nanti. Derhaka pada suami samalah seperti derhaka terhadap kedua ibu
bapanya.
Pasti ramai perempuan dan isteri terasa nyilu dan
geli untuk menerima kenyataan ini dgn berbagai alasan, tetapi yang benar tetap
benar.
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=530801&extra=page%3D2&page=1
No comments:
Post a Comment