"Orang yang tidak pernah jatuh,tidak mempunyai KESEDARAN tepat tentang apa yang DIPERLUKAN untuk DAPAT berdiri KUKUH"
Sunday, 8 July 2012
Sunday, 24 June 2012
Dengar dulu.....!!!
This could happen at work, home or anywhere else where people jump into conclusions and not listen first!!!
Kesimpulannya, dengar dulu sampai ke noktah ayat terakhir!
sumber dari : cari forum


Kesimpulannya, dengar dulu sampai ke noktah ayat terakhir!

sumber dari : cari forum
BLUE MARLIN - Kapal angkut kapal






BLUE MARLIN mampu memunggah empat buah feri penumpang dan 18 buah kapal dari sebuah pelabuhan di China secara serentak

KAPAL Blue Marlin menjadi penyelamat kepada usaha membawa pulang kapal perang USS Cole yang ditembak di Yemen.
KETIKA kapal perang Amerika Syarikat (AS), USS Cole diserang oleh tentera al-Qaeeda pada tahun 2000, pasukan tentera laut AS berdepan satu dilema. Mereka harus mencari jalan bagaimana untuk membawa pulang sebuah kapal sepanjang 150 meter (m) yang berlubang sebesar 12m pada sisinya dari Yemen ke Mississippi, AS dalam keadaan selamat.
Jawapannya adalah dengan mengangkut kapal perang yang boleh menembak tepat 100 sasaran dalam satu masa itu dengan sebuah kapal gergasi yang badannya separuh tenggelam.
Kapal bersaiz mega itu yang dikenali sebagai Blue Marlin begitu berguna bukan sahaja untuk mengangkut kapal lain, bahkan pelantar minyak.
Begitu juga jika mahu mengangkut 22 buah tongkang yang setiap satu seberat 3 juta kilogram (kg) untuk mengelilingi dunia dalam masa serentak.
Kapal tersebut merupakan antara kapal laut luar biasa yang pernah direka kerana ia boleh membawa muatan melebihi 75 juta kg dalam satu masa.
Setiausaha Korporat Dockwise (syarikat yang memiliki Blue Marlin), Fons van Lith menjelaskan, kapal itu tidak akan pernah berehat daripada mengangkut struktur mega.
Bahkan pihaknya yang mengamalkan ciri-ciri keselamatan antarabangsa memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam usaha memunggah struktur-struktur itu ke seluruh dunia.
"Keselamatan membawa struktur lain adalah sebahagian daripada perniagaan kami. Jika sebuah syarikat petroleum boleh melabur AS$1.6 bilion (RM5 bilion) untuk sebuah peralatan yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, satu perkara penting yang harus diambil kira oleh mereka adalah bagaimana untuk membawa struktur tersebut ke satu bahagian lain di dunia," kata Lith.
Blue Marlin mempunyai bentuk yang istimewa. Kepalanya seakan-akan kapal biasa tetapi dek tengahnya direndahkan bagi memuatkan objek besar dan berat yang lain.
Ia berukuran 217m panjang dan 42m tinggi. Saiz deknya pula kira-kira seluas dua padang bola sepak. Biarpun mempunyai berat yang berganda, kapal yang dilengkapi enjin diesel dengan 17,000 kuasa kuda itu boleh bergerak sehingga 24 kilometer sejam (km/j).
Tenggelam
Bagaimanakah kapal sebegini boleh mengangkut tongkang atau objek lain yang begitu berat? Sebenarnya dek kapal tersebut boleh ditenggelamkan sehingga 13m ke dalam laut apabila tangkinya diisi dengan air.
Ketika keadaan separa tenggelam itulah usaha memuatkan tongkang atau pelantar minyak dilakukan. Apabila air dikeluarkan daripada badan kapal, ia akan timbul semula bersama-sama objek berat yang tidak mampu diangkat oleh kren biasa.
Ia seolah-olah sebuah kapal selam yang mengangkat struktur lain di atas badannya.
Antara binaan terberat yang pernah dibawa Blue Marlin ialah pelantar minyak Thunder Horese milik syarikat BP. Pelantar minyak itu dibawa sejauh 27,500km dari Korea ke Mexico tahun lepas.
Pelantar yang bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM3.2 bilion) itu dikatakan sebagai struktur laut terbesar di dunia yang memiliki berat kira-kira 60 juta kg.
Pada tahun hadapan kapal mega itu bakal membawa sebuah pesawat udara milik Tentera Laut Australia dari Sepanyol ke Negara Kanggaru itu. Pesawat tersebut dikatakan bersaiz lebih besar berbanding dek kapal berkenaan.
Kapal Blue Marlin dilancarkan pada tahun 1999, menjadikannya sebagai kapal terbesar pernah dihasilkan. Bagaimanapun kehebatannya sedang ditandingi apabila beberapa buah kapal mega lain dalam pembinaan.
Apabila siap pada hujung tahun ini, kapal pengangkut yang sedang dihasilkan di Korea, Dockwise Vanguard dijangka boleh membawa muatan seberat 110 juta kg.
Kapal yang bernilai AS$377 juta (RM1.2 bilion) itu telah ditempah untuk melakukan kerja pertamanya iaitu membawa sebuah pelantar minyak dari Korea ke Laut Utara pada tahun hadapan.
(copy & paste dari cari forum )
Foto-Foto Haiwan Yang Telah Pupus Yang Sempat Dirakam.

1.The Tarpan
Spesies Tarpan yang terakhir mati di Ukraina tahun 1876. Tarpan merupakan jenis kuda prasejarah yang pernah mengembara dari Selatan Perancis dan Sepanyol ke arah timur menuju Rusia. Tarpan pupus pada akhir 1800-an.Ini disebabkan oleh kerosakan habitat hutan dan padang rumput. Perburuan yang dilakukan oleh para petani kerana takut tanaman mereka akan dimakan Tarpan.

2.The Quagga
Antara spesis kuda yang sudah pupus adalah Quagga. Merupakan subspesies dari kuda belang. Quagga liar yang terakhir hidup, di tembak pada akhir 1870-an. Kepupusan Quagga disebabkan oleh perburuan liar dan dijadikannya Quagga sebagai pengganti daging kepada haiwan ternakan. Yang unik dan membezakan Quagga dari spesies kuda lainnya adalah corak kulitnya yang seperti kuda belang pada bahagian depan.

3. The Javan Tiger
Harimau jawa merupakan subspesis harimau yang hanya dapat dijumpai di pulau Jawa, Indonesia. Harimau Jawa terakhir mati sekitar tahun 1980-an. Pada awal abad ke-19, Harimau Jawa dapat dijumpai di seluruh pulau Jawa, tapi kerana populasi manusia yang meningkat pesat menyebabkan kerosakan habitat di hutan. Penyebab lain kepupusan harimau jawa juga kerana perburuan liar, sehingga tahun 1950-an hanya terdapat sekitar 25 ekor harimau jawa.

4. The Caspian Tiger
Antara harimau lain yang telah pupus adalah Harimau Kaspia. Penelitian terbaru menunjukkan Harimau Kaspia mempunya sedikit persamaan dengan Harimau Siberia. Pupusnya Harimau Kaspia antara lain disebabkan kerana perburuan dan kemusnahan habitatnya. Harimau Kaspia kali terakhir ditemukan pada tahun 1950-an.

5. The Syrian Wild Ass
Spesies terakhir dari haiwan ini mati pada tahun 1928 di zoo Schönbrunn, Wina. Sebelum abad 18,kebanyakan habitat Syrian Wild Ass meliputi pergunungan, gurun, antara palestin dan iraq. Yang menyebabkan kepupusan haiwan ini, kerana kemusnahan habitat akibat perang dunia I.

6. The Tasmanian Tiger
Spesies terakhir Harimau tasmania mati tahun 1936 di zoo Hobart, Tasmania. Harimau Tasmania diburu hingga pupus oleh para pemburu liar dan petani, meskipun faktor-faktor lain seperti penyakit, dan gangguan manusia terhadap habitatnya mungkin juga memainkan peranan utama kepupusan spesis ini.

7. The Bubal Hartebeest.
Bubal Hartebeest merupakan sejenis spesies dari antelop yang pupus pada tahun 1923. Perburuan haram abad ke-19 secara drastis mengurangkan jumlah populasi Bubal Hartebeest. Yang membuat Bubal Hartebeest kelihatan unik adalah bentuk tanduknya yang khas.
(SUMBER : CARI FORUM)
Kisah Tali Gantung Dan Banduan Terakhir
Kisah Tali Gantung Dan Banduan Terakhir | Kita selalu mendengar tentang hukumangantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leherkita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati.

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.
Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan selatas kelulusan pegawai yang bertugas. Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam. Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza. Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat. Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’ Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.
Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah. ‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel. Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
(SUMBER : CARI FORUM)
Monday, 18 June 2012
Siapakah Rosli Dhoby?

Rosli Dhoby ialah seorang anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.
Beliau telah dipilih oleh Rukun 13, dimana Rukun 13 ini ditubuhkan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.
Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”
Pada 15 Disember1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semula pada 2Mac 1996 di Sibu. Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung :
Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.
1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.
2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.
3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.
4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.
5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.
(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud. Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)
6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.
7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.
8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.
Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 Mac, 1950
Thursday, 26 January 2012
FIKIR-FIKIRKAN
"Mengetahui Mengapa Kita Gagal Adalah Lebih Penting Daripada Berjaya Tanpa Mengetahui Sebabnya"
(petikan dari buku BERANI GAGAL)
(petikan dari buku BERANI GAGAL)
26 jan 2012
tiada catatan terbaru mahupun perkembangan terbaru untuk di kongsikan bersama
Subscribe to:
Posts (Atom)